Ada tiga komponen MATLAB yang kita kena tahu sebelum kita start programming. Tiga adik-beradik ni penting dan saling berkaitan antara satu sama lain. Tanpa tiga ni, susah nak program cik oi! Jadi jom kita kenal.
1. Mr Command Window
Mr command window ni adalah tempat kita execute coding kita. Kita boleh buat programming kita dalam command window tapi satu masalah besar akan muncul. Iaitu kita tak boleh save programming kita yang panjang-panjang berderet tu. Jadi Mr Command Window hanyalah seakan-akan skrin yang menunjukkan coding dan execute. Jangan tulis programming panjang-panjang kat sini. Or else, kalau hilang, nak kena type balik satu-satu.
Kita gunakan command window hanya bila kita nak 'call' satu function atau program.
%contoh kegunaaan command window.
type batchDetectCells
%anda akan nampak coding yang di'call'.
2.Mrs Workspace
Mrs Workspace ni pulak macam setiausaha anda. Workspace akan simpan segala nombor-nombor yang anda telah type. Tempat ni macam excel yang simpan data-data anda. Selalunya dalam bentuk matrix. Anda boleh save data yang ada dalam workspace dengan right click. Workspace juga boleh diedit. Just double click dan anda boleh tukar nombor.
3.Miss Editor
Miss Editor adalah tempat paling penting dalam Matlab. Tempat ni lah anda tulis coding anda dan anda boleh save. Supaya nanti anda boleh guna balik coding in the future. Anda boleh tulis,edit dan save. Anda boleh cipta bermacam jenis function yang anda nak.
%contoh program terminate ciptaan saya supaya saya mudah clear segala benda dekat workspace dan command window
% save as refresheverything.m
clc
clear all
close all
Dengan coding ni, anda tak payah dah tulis satu-satu, just type refresheverything dan semua kiraan lepas akan hilang.
Ok. Tu je asas yang anda perlu tahu. Selamat bercoding!
Pertamaxxx ...
ReplyDeleteJago programming nih mastah
EDITING VIDEO SEMARANG