Monday, 29 February 2016

Cara Plot Histogram Di Matlab

Histogram adalah alat visual paling penting untuk statistik. Histogram menunjukkan sekiranya data yang kita ambil tu normal atau tak. Bentuk histogram yang normal adalah berbentuk loceng terbalik atau bahasa orang putihnya bell shaped. So, jom belajar macam mana nak buat histogram guna Matlab.

1. Masukkan data anda dalam workspace. Pertama sekali, buatkan satu variable kosong untuk data anda.

%variable kosong. Nak namakan apa-apa pon boleh

data_contoh=[];



2. Kemudian, copy paste data anda masuk dalam data_contoh. Caranya dengan klik pada data_contoh di workspace. Kemudian copy paste macam biasa dalam ruang macam excel tu.

3. Lepas anda dah paste, boleh la start buat histogram.

%coding histogram

histfit(data_contoh)

4. Siap, anda akan nampak kemunculan histogram lepas enter coding atas ni. Bolehla check sekiranya data anda cenderung ke kanan atau kiri. (Bahasa orang putihnya skewness).

Langkah Penting Sebelum Proses Imej Dalam Matlab

Matlab mempunyai kebolehan untuk proses imej. Yup, kalau anda anda image processing toolbox, anda boleh proses imej dan buat filter anda yang sendiri. Macam kat instagram ada berbelas filter. Filter itu semuanya adalah algorithm yang dibuat menggunakan coding. Matlab pon boleh buat cuma anda kena belajar tiga asas penting. Cara membaca imej, cara melabel imej dan cara membuka imej. Jom kita belajar.

1. Pastikan gambar yang anda proses ada dalam fail MATLAB. Cara asas ialah dengan copy paste gambar anda masuk dalam fail ni.

2. Bila imej dah ada dalam fail MATLAB, kita kena baca imej tersebut.

%baca imej

I=imread('gambar.jpg');

3. Bila kita dah baca dan simpan imej dalam I, kita boleh buka imej untuk kita lihat.

%buka imej

figure
imshow(I)

4. Kemudian kita bolehlah start mencuba coding kita. Contohnya kita nak tukarkan imej kepada grayscale.

K=rgb2gray(I);
figure
imshow(K)

Kita boleh cuba macam-macam filter dalam MATLAB. Kita boleh cari semuanya dalam HELP. Contoh filter yang popular untuk proses imej adalah median filter dan gaussian filter.

Apa itu command window? Apa itu workspace? Apa itu editor?

Ada tiga komponen MATLAB yang kita kena tahu sebelum kita start programming. Tiga adik-beradik ni penting dan saling berkaitan antara satu sama lain. Tanpa tiga ni, susah nak program cik oi! Jadi jom kita kenal.

1. Mr Command Window

Mr command window ni adalah tempat kita execute coding kita. Kita boleh buat programming kita dalam command window tapi satu masalah besar akan muncul. Iaitu kita tak boleh save programming kita yang panjang-panjang berderet tu. Jadi Mr Command Window hanyalah seakan-akan skrin yang menunjukkan coding dan execute. Jangan tulis programming panjang-panjang kat sini. Or else, kalau hilang, nak kena type balik satu-satu.

Kita gunakan command window hanya bila kita nak 'call' satu function atau program.

%contoh kegunaaan command window.

type batchDetectCells

%anda akan nampak coding yang di'call'.

2.Mrs Workspace

Mrs Workspace ni pulak macam setiausaha anda. Workspace akan simpan segala nombor-nombor yang anda telah type. Tempat ni  macam excel yang simpan data-data anda. Selalunya dalam bentuk matrix. Anda boleh save data yang ada dalam workspace dengan right click. Workspace juga boleh diedit. Just double click dan anda boleh tukar nombor.

3.Miss Editor

Miss Editor adalah tempat paling penting dalam Matlab. Tempat ni lah anda tulis coding anda dan anda boleh save. Supaya nanti anda boleh guna balik coding in the future. Anda boleh tulis,edit dan save. Anda boleh cipta bermacam jenis function yang anda nak.

%contoh program terminate ciptaan saya supaya saya mudah clear segala benda dekat workspace dan command window
%  save as refresheverything.m

clc
clear all
close all


Dengan coding ni, anda tak payah dah tulis satu-satu, just type refresheverything dan semua kiraan lepas akan hilang.

Ok. Tu je asas yang anda perlu tahu. Selamat bercoding!

Sunday, 28 February 2016

Cara Clearkan Segala Aktiviti Matlab

Bila kita command window kita dah penuh dengan segala equations dan coding, kita kena reset bagi workspace jadi kosong semula. Kalau kita tak kosongkan workspace, kita boleh buat kesilapan yang besar bila kita nak mengira equation baru atau kita buat program baru. Jadi untuk elakkan kesilapan besar bila execute coding baru, gunakan coding dekat bawah ni.

clc; % Kosongkan command window.
clear; % Buang semua variables.
close all; % Tutup semua figures dan plots
imtool close all; % Tutup semua figures yang dibuka menggunakan imtool
workspace; % Pastikan workspace dibuka


Selamat mencuba!

Asas-Asas Matlab

Sebelum kita pelajari programming Matlab yang advance macam image processing. Kita kena belajar asas-asas Matlab macam tambah,tolak, darab dan bahagi. Memang nampak senang tapi sebenarnya benda asas ni sangat penting untuk dikuasai. Jadi jom kita belajar.

1. Cara Menambah. Kita boleh terus tulis nombor yang kita nak tambah. Macam yang pertama ni. Tapi ni bukan dinamakan programming sebab dilakukan secara manual.

% manual calculation
1+1

ans=2

%programming method

x=1;
y=1;

x+y

% ans=2

%method 2

x=1;
y=2;

z=x+y

% z=3

%method 3 tambah semicolon selepas satu baris program

z=x+y;

% nilai z akan disimpan di workspace. Jadi anda tak akan nampak jawapan di command window.

2. Cara menolak. Sama juga seperti diatas. Cuma ganti dengan simbol tolak.


% manual calculation
1-1

ans=0

%programming method

x=1;
y=1;

x-y

% ans=0

%method 2

x=1;
y=2;

z=x-y

% z=-1

%method 3 tambah semicolon selepas satu baris program

z=x-y;

3. Mendarab dalam matlab

x=2;
y=2;
z=x*y;

% z=4

4. Bahagi dalam matlab

x=2;
y=1;

z=x/y;

%z=2

Itu saja asas penting untuk matlab. Boleh cuba di Matlab dan gunakan untuk equation yang susah. InsyaAllah boleh kira dengan senang.